MAKLUMAN TERKINI

Suara Kampus akan bersiaran pada setiap Hari Jumaat jam 9.15 – 11.00 malam dan akan dikendalikan oleh 2 orang DJ iaitu DJ Azrul dan DJ Rita disamping DJ Suara Kampus dari IPTA/IPTS.  Sekiranya ada mana-mana siswa yang ingin mencuba bakat, boleh berbuat demikian. Penerbit baru Suara Kampus adalah DJ Farah Fauzi.

Sekian, Harap Maklum.

EKSPO SELANGKAH KE UITM

UiTM akan mengadakan Ekspo Selangkah Ke UiTM serentak di seluruh Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan terperinci prospek pengajian di UiTM dan seterusnya membantu untuk merialisasikan hasrat kerajaan bagi mencapai 200 ribu pelajar UiTM menjelang 2015.

UiTM Terengganu akan mengadakan program tersebut pada 13 dan 14 Mac 2010 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di lokasi berikut:

  • Perpustakaan Awam Kuala Terengganu
  • Perpustakaan Awam Dungun
  • Perpustakaan Awam Ketengah.

Maklumat lanjut anda bolehlah melayari www.selangkah.uitm.edu.my

DJ KAMPUS

Program Suara kampus sekarang ini semakin diminati dan mendapat tempat di hati pendengar Radio Malaysia Terengganu fm. Tinjauan yang kami buat rata-rata mereka gembira dengan penampilan Dj-Dj kampus yang baik mengelolakan program tersebut.

Setakat ini persembahan Dj-dj tersebut bolehlah dikatakan baik kerana mereka telah mengikuti bengkel Dj serta belajar daripada rakan-rakan yang telah mengedalikan program tersebut lebih awal.

Apa yang agak merunsingkan pihak penerbitan ialah perancangan Dj-dj tersebut agak kurang memuaskan. Mereka lewat untuk menghubungi  pihak Tfm untuk memberitahu apakah pengisian ketika mereka ke udara. Selain itu, ada sebilangan Dj kampus tidak menghubungi langsung tfm sehingga pihak penerbitan terpaksa menelefon mereka.

Tahniahlah kepada Dj IPT yang awal-awal menghubungi kami untuk membuat perancangan bagi memastikan program mereka berjalan lancar.

Kepada Dj Kampus yang nak bersiaran selepas ini sila hubungi penerbit Suara kampus di talian   mesra 0139274110 atau 096222200 sambungan 229.

PROGRAM MESRA UMT

Universiti Malaysia Terengganu akan menganjurkan Program Mesra UMT 2010 pada 20 Mac 2010 di Kampung Payuh, Kijal Kemaman.

Puan Suryati Salleh, Penolong Pendaftar Pejabat Komunikasi Korporat UMT berkata, program yang bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang itu akan dirasmikan oleh YAB Dato Hj Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Menurutnya, pelbagai acara berlangsung telah pun datur untuk memeriahkan program tersebut, antaranya pameran penyelidikan, pemeriksaan kesihatan, derma darah, demonstrasi penyediaan makanan, demonstrasi pembenihan ikan keli dan penyampaiankad keanggotaan RELA kepada penduduk kampung.

Beliau menjemput penduduk setempat untuk hadir memeriahkan program sehari itu.

BENGKEL PENYAMPAIAN DJ KAMPUS 2 MERIAH

Sambutan luar jangkaan dengan kehadiran 30 peserta mewakili 11 Institusi Pengajian Awam pada Bengkel Persembahan Dj kampus Siri dua yang berlangsung di auditorium Terengganu fm Rabu lalu.

Mereka berkampung di Tfm sehari untuk menimba ilmu penyiaran bersama penerbit berpengalaman seperti Wara, Rizal, Farah, Azrul. Apa yang paling menarik ialah latihan studio yang langsung menyerlahkan bakat mereka.

Seronok ker jadi DJ ni?

Kita dah on-air sebelum bengkel lagi..kelas kita -Wan dan Ain

Sempat posing gak..

Nak jadi dj ni kene banyak fakta, lagu kena sedap - Ceramah Rizal, Ejo dan Farah

Bersama Pengarah, KBR dan Penerbit SK Wara

Sesi Bergambar

BENGKEL PERSEMBAHAN DJ KAMPUS

Bengkel Persembahan DJ Kampus Siri dua akan berlangsung pada 27 Januari 2010 mulai pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bengkel kali ini melibatkan 12 Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Teknologi Mara, UiTM Kampus Dungun, UiTM Kampus Kuala Terengganu, Universiti Darul Iman Kampus KUSZA, Universiti Malaysia Terengganu, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Kolej Universiti TATI, Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Politeknik Kota Kuala Terengganu dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun.

Selain IPT tersebut IPT lain samada yang telah mengikuti bengkel siri pertama dialu-alukan hadir sama.

Setiap IPT dikehendaki menghantar dua orang peserta iaitu DJ Kampus yang telah dipilih di Institusi masing-masing.

Pendaftaran akan bermula pukul  8.00 pagi diikuti taklimat, 9.00 pagi Ceramah Persembahan DJ dan Pemilihan lagu oleh En. Zainal Abdin Mustaffa dan Pn Farah Fauzi.

Selepas minum pagi dan sesi bergambar peserta akan menjalani Latihan Penyediaan Skrip oleh Wan Abd Rahman Hayat kemudian selepas makan tengahari mereka akan menjalani latihan praktikal sebagai DJ.

Pukul 3.30 Peserta akan bersama Pengarah Penyiaran Negeri Terengganu untuk sesi “Team Building” disusuli Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil.

Pertanyaan sila hubungi Penerbit Suara kampus WARA 0139274110.