Assalamualaikum…

Posted By admin

Agaknya memang suram sikit di sini.. kemungkinan tiada berita untuk dipaparkan mengenai aktiviti sahabat terengganufm. Walaupun kita ketahui saban hari ramai yang mendaftar melalui sistem perkhidmatan sms 32728. Angka bilangan sahabat sudah mencecah puluhan ribu orang. Kalau dihimpunkan semuanya, begitu ramai sekali agaknya. Namun begitu, kami memerlukan sesiapa sahaja yang komited untuk ‘manage’ blog sahabat ini. Mungkin ada wadah yang dapat kita kongsikan kepada semua. Anda yang bersama terengganufm, tidak dapat kami balas akan ketaat setiaan anda itu.

 Wassalam. 

Mar 16th, 2009

Salam Ramadhan

Posted By admin

Selamat menyambut kehadiran Ramadhan Al-Mubarak kepada semua Sahabat TerengganuFM. Semoga tahun ini bertambah lagi keyakinan dan pastinya akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Bertambah daripada tahun-tahun lepas. Mudah-mudahan.

Sep 2nd, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Posted By admin

Assalamualaikum…

Terlebih dahulu.. selamat menyambut Tahun Baru 2008 dan Tahun Baru Hijrah 1429. Semoga dengan kedatangan tahun baru ni akan menceriakan lagi hubungan mesra ceria antara semua sahabat terengganufm. Sahabat yang tak jemu-jemu dan sudi untuk setia mendengar celoteh dj-dj. Kami harapkan kehadiran tahun baru ini akan memberikan sinar yang pasti memberikan impak yang lebih baik dalam kehidupan seharian.

Jan 10th, 2008

Info Kepada Sahabat

Posted By admin

Kepada sahabat tfm, sesiapa yang ingin menjadi webmaster portal sahabat ini boleh berhubung dengan pihak admin di email berikut : myadmin@tfm.net.my. Kami memerlukan beberapa orang yang tahu untuk ‘UPDATE” blog portal ini dengan memasukkan berita yang berkaitan dengan aktiviti sahabat terengganufm.

Sila berhubung dengan kami melalui email tertera. Sekian, terima kasih.

Oct 26th, 2007

Ramadan Al-Mubarak

Posted By admin

Mengharungi dugaan dan rintangan ini pastinya mendapat pahala yang berlipat ganda. Kehadiran bulan ini sesungguhnya dinantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Selamat Menyambutnya untuk semua sahabat terengganufm. Jadikanlah tahun ini penuh dengan ketenangan dalam mengerjakannya. Pastinya Malam Al-Qadar akan dapat diraih.

sahabat.jpg

Ucapan SELAMAT HARI RAYA kepada semua warga TERENGGANUFM dari kami KELAB SAHABAT TerengganuFM. Maaf Zahir dan Batin.

Sep 26th, 2007

Aktiviti Di Paka

Posted By admin

Sekitar gambar aktiviti Sahabat Paka dengan DJ Terengganufm. Memang seronok aktiviti ala explorace yang diorang buat.

Penggerak utama

Penggerak utama program ini.

paka2.jpg

DJ Farah Fauzi turut sama dalam program ini.

paka31.jpg

Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik untuk memanaskan badan para peserta yang mengambil bahagian.

paka4.jpg

Pameran daripada Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) juga tidak ketinggalan.

paka5.jpg

Kumpulan DJ Farah Fauzi dan Fazura Yahya sedang khuyuk mendengar penerangan daripada urusetia program.

paka6.jpg

Apa agaknya yang diaorang cari yeee….

paka7.jpg

DJ Wara juga tidak ketinggalan mengambil bahagian. Tak kan panas cabut topi bang…

paka8.jpg

Acara meniti di atas tali jugak disediakan… best tengok diaorang tuh meniti atas tali.. macam macam kan ada…

paka9.jpg

Bukan senang nak meniti atas tali niii…

paka10.jpg

Aksi makan telur mentah… sebagai salah satu aktivti yang perlu dilalui oleh setiap kumpulan untuk menyempurnakan aktiviti exporace…

paka111.jpg

Acara mewarna bagi kanak-kanak turut diadakan disamping acara orang dewasa…

paka12.jpg

Acara naik bot pun ada ke…

paka17.jpg

Kumpulan merah…

paka14.jpg

Aksi kumpulan yang menjadi juara.

paka15.jpg

Ramai betul yang hadir kan!

paka16.jpg

Perbincangan membawa berkat!

Sep 8th, 2007

Kelab Sahabat TerengganuFM

Posted By admin

Selamat Datang ke Portal Sahabat TerengganuFM.

Blog ini akan memaparkan aktiviti sahabat terengganufm. Segala aktiviti dan gambar akan dimuatkan dari semasa ke semasa. Segala pandangan dan cadangan bolehlah dikemukakan kepada myadmin@tfm.net.my

Kelab Sahabat

Kepada ahli kelab sahabat yang ingin menyumbangkan berita kepada kelab ini amatlah dialu-alukan. Sila berhubung kepada admin dengan menghantar email di atas. Admin akan mencipta satu akaun kepada yang dianggap dapat membantu mengemaskini blog sahabat terengganufm ini.

Admin.

Jumlah Pelawat
Jumlah Pelawat

Jun 23rd, 2007

Recent Enteries

Archives

Tags

Pages

Feed on RSS

Meta