Kuala Terengganu 88.7, Dungun dan Kemaman 97.7, Besut dan Setiu 96.2,Cherul, Kemaman 90.0 mhz
Berdiri megah diatas bukit Pak Apil Kuala Terengganu, dengan ketinggian 52 meteri atau 170 kaki dari aras laut . Jabatan Penyiaran Kawasan Timur, Kuala Terengganu mula memancarkan siarannya pada tahun 1975. Setelah melalui berbagai cabaran dan perubahan, kini lebih gah dengan nama Radio Malaysia Terengganu fm atau TFM.
Sang lebah sebagai maskot melambangkan TFM sentiasa menyengat -Mesra ceria - moto bersemangat - Terengganu fm telah berjaya memikat jutaanpendengar bukan sahaja di Negeri Terengganu malah di seantero dunia.
Dari sistem analog dan manual, telah beralih kpd sistem automasi digital sepenuhnya. Sistem ini telah mengubah cara kerja kakitangan dan ternyata ia memberi kemudahan dan faedah yang cukup baik di bidang penyiaran dan seterusnya dapat dimenfaatkan oleh pendengar.
Bangunan setinggi empat tingkat berdiri megah di Bukit Pak Apil dilengkapi bilik siaran (konti), bilik rakaman, auditorium, rakam khanah juga pejabat pentadbiran.
Radio Malaysia Terengganu FM mempunyai 80 orang kakitangan yang diketuai oleh Pengarah PenyiaranKawasan Timur, Ybhg Dr.Nawiyah binti Che Lah. Beliau dibantu oleh 4 bahagian utama iaitu, bahagian pentadbiran, bahagian rancangan, bahagian kejuruteraan serta bahagian berita dan hal ehwal semasa.
Bahagian pentadbiran ini menguruskan berkenaan perjawatan dan kewangan iatu mempunyai kira-kira 30 angota dan diketuai oleh Ketua Pembantu Tadbir.
Segala kelengkapan dan peralatan siaran dikendalikan oleh bahagian kejuruteraan, diketuai oleh jurutera, seorang pembantu teknik dan juruteknik yang berjumah 26 orang. Bahagia ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian unit Bilik kawalan Pusat (MCR), Bahagian Kendalian, bahagian Rakaman luar dan Bahagian Pemancar.
Tonggak Terengganu fm ialah Bahagian Rancangan. Bahagian ini mempunyai 21 kakitangan yang diketuai oleh ketua bahagian rancangan, empat penyelia dan 16 orang Dj yang sentiasa menceriakan Terengganu fm.
Bahagian ini bertanggungjawab mencorak dan mewarnai siaran, yang berdepan dengan segala macam kehendak pendengar dan peminat-peminat radio. 7 orang DJ sehari akan meperagakan bakat masing-masing mengendalikan rancangan bagi memikat jutaan pendengar.
Berkumandang 18 jam sehari, bermula seawal 6.00 pagi, memikat pendengar dengan pelbagai bentuk rancangan yang dikendalikan oleh pesonaliti-pesonaliti terkenal TFM iaitu Zulkifli Yusof (Ejo), Farah Fauzi, Suhaila Mat Daud (Sue), Norhaniza mat Yeh (jaja) Mohamad Sidik Abdullah (Mos), Rohani Hussin, Azrul Faizal, Rosliza Ghani, Abidi Ibrahim dan Rita.
Sayap utama bahagian ini ialah unit Berita Ehwal Semasa yang diketuai seorang pengawal berita dan dibantu Penyelia berita, jurukamera dan enam kakitangan lain.
Bahagian Berita Ehwal semasa memberi tumpuan kepada liputan berita radio dan TV. Unit ini dibantu oleh unit liputan berita nasional dan suntingan audio visual. Berita tv dihantar terus ke ibu pejabat di angkasapuri Kuala Lumpur. Manakala berita radio disiarkan 2 kali sehari melalui Terengganu FM. Bahagian ini juga menyediakan laporan ulasan semasa untuk siaran Terengganu FM, Kelantan FM dan Pahang FM.