Jangan lupa saksikan perlawanan Bolasepak Piala AFC Trg vs Tampines Rovers dari Singapura pada 10 April 2012 pukul 4.45 petang di Std Sultan Ismail Nasirudin Shah, Kuala Terengganu……….Peteh Teganu Peteh.
Mar
20
Bolasepak Piala AFC
Jangan lupa saksikan perlawanan bolasepak Piala AFC antara Terengganu dengan Kitchee dari Hongkong pada 20 Mac 2012 pukul 4.45 petang di Stadium Sultan Ismail nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Sokonglah pasukan kite……datang beramai-ramai deh
Sep
28
MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA
Maktab Kerjasama Malaysia dan Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang membuat pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan bidang tumpuan Pengurusan Koperasi.
Kepada yang berminat sila layari laman sesawang www.mkm.edu.my atau hubungi 03-7960 4099 untuk maklumat lanjut.
Sep
28
PENGAMBILAN ANGGOTA PASUKAN SUKARELA PERTAHANAN AWAM
Jabatan Pertahanan Awam sedang membuat pengambil anggota Pasukan Sukarela Pertahanan Awam Daerah Kuala Terengganu.
warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 45 tahun, sihat tubuh badan mempunyai ketinggian 1.57m(lelaki) 1.50m (wanita) berat badan 48kg bagi lelaki dan 40 kg bagi wanita.
Anda yang berminat sila datang ke Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Jalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu untuk sesi temuduga. Anda juga boleh layari laman sesawang www.civildefence.gov.my
Sep
28
SKIM PELABURAN EMAS
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap skim pelaburan emas yang dianjurkan oleh syarikat tertentu melalui koperasi.
Skim ini menawarkan pulangan yang tinggi dan menyerupai skim cepat kaya. Orang ramai adalah dingatkan supaya tidak tertipu dengan skim sedemikian.
Sebarang keterangan lanjut sila layari www.skim.gov.my atau hubungi skm di talian 0320812400/6211
Sep
28
BAS BANDAR
PERKHIDAMATAN BAS BANDAR (BERBADAN KAYU)
Sep
28
MyID
Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif MyID yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal dalam melaksanakan urusan kerajaan.
MyID hanya satu ‘ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’
Sep
28
BERMAIN WAU BERHAMPIRAN LAPANGAN TERBANG
Jabatan Penerbangan Awam meminta orang ramai di sekitar lapangan terbang Sultan Mahmud tidak menaikkan wau atau layang-layang dalam lingkungan lima kilometer dari lapangan terbang.
Perbuat tersebut adalah menjadi kesalahan di bawah akta penerbangan awam 1996. Perbuatan itu juga merbahayakan penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang tersebut.
Harap maklum.
Sep
28
AWAS PENYAKIT TAUN
Penyakit Taun adalah sejenis penyakit cirit-birit yang mudah berjangkit dan sangat merbahaya. Ia adalah penyakit saluran penghadaman yang disebabkan oleh kuman Vibrio cholerae. Kuman ini terdapat di dalam najis dan muntah pesakit dan juga pada pembawa kuman Taun.
Langkah-langkah pencegahan:=
- Minum air yang dimasak dengan sempurna
- Makan makanan yang baru dimasak dan masih panas. Elakkan makanan yang terdedah dan mentah
- Kupas kulit buah-buahan sebelum dimakan
- Bersihkan botol susu dan bekas makanan bayi dengan air yang bersih
- Gunakan air yang bersih ketika mencuci sayur-sayuran, buah-buahan, bahan mentah dan alat-alat hidangan
- Tudung semua makanan dan minuman
- Basuh tangan dengan bersih sebelum menyediakan, menghidang atau memakan makanan dan selepas ke tandas
- Gunakan tandas yang bersih dan selamat
- Pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih bila makan di luar
- Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan hapuskan tempat penbiakan lalat, lipas dan tikus
- Pastikan sumber air seperti telaga dan perigi bersih dan selamat digunakan
- Dapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Kesihatan
Pesanan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Sep
28
KAUNTER BERGERAK MBKT
Orang ramai boleh berurusan dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di kaunter-kaunter bergerak di lokasi berikut :-
1. Dataran Shah Bandar – setiap Isnin minggu pertama dan ketiga
2. Mydin Mall – Setiap hari Rabu minggu pertama dan ketiga
3. Pasar Batu Enam – Setiap hari Isnin minggu kedua dan keempat
4. Mydin Kuala Ibai – Setiap hari Rabu minggu kedua dan keempat.
Waktu berurusan dari pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang.