Categories

September 2010
S M T W T F S
« Aug    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

AWAS PENYAKIT TAUN

Penyakit Taun adalah sejenis penyakit cirit-birit yang mudah berjangkit dan sangat merbahaya. Ia adalah penyakit saluran penghadaman yang disebabkan oleh kuman Vibrio cholerae. Kuman ini terdapat di dalam najis dan muntah pesakit dan juga pada pembawa kuman Taun.

Langkah-langkah pencegahan:=

  • Minum air yang dimasak dengan sempurna
  • Makan makanan yang baru dimasak dan masih panas. Elakkan makanan yang terdedah dan mentah
  • Kupas kulit buah-buahan sebelum dimakan
  • Bersihkan botol susu dan bekas makanan bayi dengan air yang bersih
  • Gunakan air yang bersih ketika mencuci sayur-sayuran, buah-buahan, bahan mentah dan alat-alat hidangan
  • Tudung semua makanan dan minuman
  • Basuh tangan dengan bersih sebelum menyediakan, menghidang atau memakan makanan dan selepas ke tandas
  • Gunakan tandas yang bersih dan selamat
  • Pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih bila makan di luar
  • Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan hapuskan tempat penbiakan lalat, lipas dan tikus
  • Pastikan sumber air seperti telaga dan perigi bersih dan selamat digunakan
  • Dapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Kesihatan

Pesanan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>