Categories

September 2010
S M T W T F S
« Aug    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

BOLASEPAK TM PIALA MALAYSIA 2010

KEHANGATAN TM PIALA MALAYSIA KEMBALI!!!

SAKSIKAN PERTEMUA PASUKAN TERENGGANU MENENTANG PAHANG DALAM KUMPULAN B:

PADA : 14 SEPTEMBER 2010 (SELASA)

MASA : 8.45 MALAM

TEMPAT : STADIUM SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, KUALA TERENGGANU

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE STADIUM MEMBERI SOKONGAN KEPADA TERENGGANU!!!!

PENGAMBILAN PELATIH GIATMARA KUALA TERENGGANU SESI 2/2010

GIATMARA KUALA TERENGGANU KINI SEDANG MENGADAKAN PENGAMBILAN PELATIH BAGI BULAN JULAI – DISEMBER 2010 DAN UNTUK PENGAMBILAN JULAI 2010 – JUN 2011

ANTARA KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN IALAH

1. KURSUS TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER (TSK)- JANGKA MASA KURSUS 6 BULAN (PENGAMBILAN JULAI – DISEMBER 2010)

2. KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRONIK AUDIO VISUAL (TEAV) –  JANGKA MASA  KURSUS 1 TAHUN (PENGAMBILAN JULAI)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN IALAH:

- WARGANEGARA MALAYSIA

- UMUR 15 TAHUN KE ATAS PADA TARIKH PERMOHONAN

- BUMIPUTERA

- KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA PENDUDUK TEMPATAN

- SIHAT TUBUH BADAN DAN TIDAK CACAT

- BERMINAT DALAM BIDANG YANG DIPOHON

- BOLEH MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA

PELBAGAI KEMUDAHAN DISEDIAKAN OLEH GIATMARA SEPERTI LATIHAN PECUMA, ELAUN BULANAN (SEPENUH MASA) DAN PELBAGAI KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, BOLEH MENGHUBUNGI GIATMARA DI BATU BUROK, KUALA TERENGGANU, TELEFON 09-620 3653.

INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)

INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA), KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MENJEMPUT SEMUA KAMPUNG DI SELURUH NEGARA UNTUK MENYERTAI ANUGERAH DESA PERINGKAT ZON 2010 DENGAN MENGETENGAHKAN PROJEK-PROJEK KREATIF DAN BERINOVASI.

KAMPUNG-KAMPUNG YANG BERJAYA AKAN MEMBAWA PULANG:

JOHAN ZON : RM 10,000.00 TROFI DAN SIJIL

NAIB JOHAN ZON : RM 8,000.00 TROFI DAN SIJIL

TEMPAT KETIGA : RM 6,000.00 TROFI DAN SIJIL.

KAMPUNG-KAMPUNG YANG TERPILIH UNTUK BERTANDING TETAPI TIDAK BERJAYA AKAN MENERIMA SAGUHATI RM 4,000.00 DAN SIJIL PENYERTAAN.

BORANG DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BOLEH DILIHAT MENERUSI LAMAN SESAWANG www.infra.gov.my.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 15 SEPTEMBER 2010 ATAU BOLEH MENGHUBUNGI 03 – 8735 2400.

PERINGATAN DARIPADA PDRM KUALA TERENGGANU

POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DARI BALAI POLIS KUALA TERENGGANU INGIN MENASIHATKAN KEPADA SEMUA WARGA DAERAH KUALA TERENGGANU SUPAYA BERHATI-HATI PADA SETIAP WAKTU.

SEJAK KEBELAKANGAN INI TERDAPAT KEJADIAN RAGUT, CURI MOTOSIKAL, PEMERASAN DAN LAIN-LAIN KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI DIJANGKA AKANBERLAKU PADA BULAN RAMADAN SEMPENA MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI YANG AKAN DISAMBUT TIDAK LAMA LAGI. JAGALAH KESELAMATAN DIRI SENDIRI DAN HARTA BENDA.

PIHAK POLIS DARI DAERAH KUALA TERENGGANU SEDANG MENGEDARKAN BORANG MAKLUM BALAS UNTUK MENINGGALKAN KEDIAMAN DAN BERCUTI PADA MUSIM PERAYAAN INI. DIMINTA, SEMUA WARGA DAERAH KUALA TERENGGANU UNTUK MENGISI BORANG TERSEBUT DAN DIHANTAR KE BALAI POLIS KUALA TERENGGANU SEBELUM KE DESTINASI PERCUTIAN.

DIHARAPKANMENDAPAT KERJASAMA DARIPADA SEMUA PIHAK.

TALIAN NUR 15999

PESANAN DARIPADA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)

TALIAN NUR 15999 MERUPAKAN TALIAN SETEMPAT YANG DIWUJUDKAN SEBAGAI PUSAT MAKLUMAT SERTA ADUAN UNTUK SEGALA KRISIS MASYARAKAT. TALIAN NUR BEROPERASI SELAMA 24 JAM SEHARI DAN BOLEH DIAKSES OLEH PELANGGAN MELALUI TALIAN TETAP, TELEFON BIMBIT DAN TELEFON AWAM.

ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN MELALUI TALIAN NUR 15999 ADALAH MAKLUMAT DAN ADUAN MENGENAI ISU-ISU KEBAJIKAN, PENDERAAN, PERLINDUNGAN, KAUNSELING, MASALAH REMAJA DAN PEMBUANGAN BAYI.

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Maktab Kerjasama Malaysia dan Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang membuat pengambilan Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan bidang tumpuan Pengurusan Koperasi.

Kepada yang berminat sila layari laman sesawang www.mkm.edu.my atau hubungi 03-7960 4099 untuk maklumat lanjut.

PENGAMBILAN ANGGOTA PASUKAN SUKARELA PERTAHANAN AWAM

Jabatan Pertahanan Awam sedang membuat pengambil anggota Pasukan Sukarela Pertahanan Awam Daerah Kuala Terengganu.

warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 45 tahun, sihat tubuh badan mempunyai ketinggian 1.57m(lelaki) 1.50m (wanita) berat badan 48kg bagi lelaki dan  40 kg bagi wanita.

Anda yang berminat sila datang ke Pejabat Jabatan Pertahanan Awam  Jalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu  untuk sesi temuduga. Anda juga boleh layari laman sesawang www.civildefence.gov.my

SKIM PELABURAN EMAS

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap skim pelaburan emas yang dianjurkan oleh syarikat tertentu melalui koperasi.

Skim ini menawarkan pulangan yang tinggi dan menyerupai skim cepat kaya. Orang ramai adalah dingatkan supaya tidak tertipu dengan skim sedemikian.

Sebarang keterangan lanjut sila layari www.skim.gov.my atau hubungi skm di talian 0320812400/6211

BAS BANDAR

PERKHIDAMATAN BAS BANDAR (BERBADAN KAYU)

1.Perkhidmatan bas disediakan pada orang ramai meliputi laluan Chendering dan laluan Taman Tamadun Islam.
2.Jadual perjalanan bas bagi laluan Chendering bermula dari pukul 9 pagi-7 petang setiap hari, manakala bagi laluan Taman Tamadun Islam bermula dari pukul 11 pagi-5 petang setiap hari.
3. Tambang bas bagi laluan -laluan tersebut adalah RM1.00 sahaja untuk satu perjalanan sehala.Kutipan tambang menggunakan sistem  “Electronic Ticketing Machine”
4.Perkhidmatan bas bagi laluan baru iaitu laluan Batu Enam/Gong Badak akan mula beroperasi pada hujung bulan ini. Kadar tambang RM1.00-RM2.00 akan dikenakan kepada penumpang.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, silalah berhubung terus dengan Pengurus Operasi di talian 013-9340551 atau Penyelia Operasi
013 9641051.

MyID

Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif MyID yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal dalam melaksanakan urusan kerajaan.

MyID hanya satu ‘ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

BERMAIN WAU BERHAMPIRAN LAPANGAN TERBANG

Jabatan Penerbangan Awam meminta orang ramai di sekitar lapangan terbang  Sultan Mahmud tidak menaikkan wau atau layang-layang dalam lingkungan lima kilometer dari lapangan terbang.

Perbuat tersebut adalah menjadi kesalahan di bawah akta penerbangan awam 1996. Perbuatan itu juga merbahayakan penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang tersebut.

Harap maklum.

AWAS PENYAKIT TAUN

Penyakit Taun adalah sejenis penyakit cirit-birit yang mudah berjangkit dan sangat merbahaya. Ia adalah penyakit saluran penghadaman yang disebabkan oleh kuman Vibrio cholerae. Kuman ini terdapat di dalam najis dan muntah pesakit dan juga pada pembawa kuman Taun.

Langkah-langkah pencegahan:=

  • Minum air yang dimasak dengan sempurna
  • Makan makanan yang baru dimasak dan masih panas. Elakkan makanan yang terdedah dan mentah
  • Kupas kulit buah-buahan sebelum dimakan
  • Bersihkan botol susu dan bekas makanan bayi dengan air yang bersih
  • Gunakan air yang bersih ketika mencuci sayur-sayuran, buah-buahan, bahan mentah dan alat-alat hidangan
  • Tudung semua makanan dan minuman
  • Basuh tangan dengan bersih sebelum menyediakan, menghidang atau memakan makanan dan selepas ke tandas
  • Gunakan tandas yang bersih dan selamat
  • Pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih bila makan di luar
  • Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan hapuskan tempat penbiakan lalat, lipas dan tikus
  • Pastikan sumber air seperti telaga dan perigi bersih dan selamat digunakan
  • Dapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Kesihatan

Pesanan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

KAUNTER BERGERAK MBKT

Orang ramai boleh berurusan dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di kaunter-kaunter bergerak di lokasi berikut :-

1. Dataran Shah Bandar - setiap Isnin minggu pertama dan ketiga

2. Mydin Mall - Setiap hari Rabu minggu pertama dan ketiga

3. Pasar Batu Enam - Setiap hari Isnin minggu kedua dan keempat

4. Mydin Kuala Ibai - Setiap hari Rabu minggu kedua dan keempat.

Waktu berurusan dari pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

PEMBUKAAN KAUNTER DAN OPERASI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara, Kuala Terengganu kini dibuka pada cuti mingguan hari Jumaat dan Sabtu iaitu :
Jumaat : 8.00 pagi hingga 12.00 Tgh
Sabtu : 8.00 pagi hingga 1.00 tgh

Harap Maklum.

PENGAMBILAN ANGGOTA BARU RELA

Warganegara malaysia yang berumur 16 tahun ke atas dan sihat tubuh badan serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah adalah dipelawa untuk menganggotai Pasukan Ikatan relawan Rakyat Malaysia (RELA).

Sesiapa yang berminat sila hubungi mana-mana Pejabat RELA Daerah yang berhampiran atau melayari laman web di www.moha.gov.my. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan dua keping gambar berukuran pasport dan sekeping salinan kad pengenalan.

Permohonan adalah percuma.