• Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1431H (26 Feb 2010)

    Posted on February 24th, 2010 pengarah 12 comments

    Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua pendengar Tfm. Walaupun sudah lama saya tidak menulis tetapi saya sentiasa mengikuti laman web ini dan pendengar Tfm sentiasa dekat dihati saya.

    Sempena dengan bulan yang mulia ini, Tfm akan mengadakan Tadarus AlQuran di Masjid Kristal, TTI pada setiap hari Sabtu dalam bulan March iaitu 6, 13, 20 dan 27 March. Program ini akan dirakam dan seterusnya akan disiarkan pada bulan Ramadhan.

    Pada awal bulan Februari, wargakerja Tfm bersama-sama DJ-DJ Tfm berada di Hulu Terengganu menjayakan program Juara Rakyat. Tfm telah mengadakan mini studio di sana.

    Program Juara Rakyat bersama YAB Menteri Besar pada 6 Februari 2010 di Hulu Terengganu

    Program Juara Rakyat bersama YAB Menteri Besar pada 6 Februari 2010 di Hulu Terengganu

    I wanna share some thoughts and the last sermon (Khutbah) of our Prophet with all of you.

     Prophet Muhammad (SAWS) delivered his last sermon (Khutbah) on the ninth of Dhul Hijjah (12th and last month of the Islamic year), 10 years after Hijrah (migration from Makkah to Madinah) in the Uranah Valley of mount Arafat. His words were quite clear and concised and were directed to the entire humanity. One can heed words of wisdom and guidelines from the last sermon (khutbah) of the prophet (SAWS). His sermons emphasized on the following:    

    ·         Sacredness of a Muslim’s life and property  

    ·         The importance of propagating this message to all others (A Muslim’s responsibility thus does not end by following the religion)

    ·         A reminder that everyone is fully accountable for their deeds and Allah (God) will take every person into account. If everyone heeded to this fact alone, the world would be a much better place today.

    ·         “Hurt no one so that no one may hurt you.” These words of the prophet are self explanatory.

    ·         The prohibition of dealing with interest (Numerous accounts in Quran and Hadith prohibit taking, giving or being a part of any transaction dealing with interest).

    ·         “You will neither inflict nor suffer any inequity.” These words of the prophet are self explanatory.

    ·         The awareness of satan and how satan can work to deviate us from the right path and doing evil things.

    ·         Rights of women over men and rights of men over women.

    ·         Treatment of women with kindness.

    ·         Modesty and chastity in women.

    ·         The importance of worshiping Allah (saying your five daily prayers (Salah), fasting during the month of Ramadan, giving charity (Zakat) and performing pilgrimage (Hajj).

    ·         Equality amongst all (blacks, white, Arabs, non-Arabs, etc.)

    ·         The need to establish justice.

    ·         Islam is the final divine religion (Last prophet and Last Book).

     

    Salam hormat dari saya.

     

  • SELAMAT TAHUN BARU CINA

    Posted on February 16th, 2010 pengarah No comments

    Selamat Tahun Baru Cina kepada pendengar Tfm yang berbangsa Cina. Kepada yang lain selamat bercuti dan berhati-hati di jalanraya. Ingat! ramai  yang menyayangi diri kita. Dengar-dengarlah Tfm..Mesra Ceria

  • Kerjasama dengan Celcom

    Posted on September 9th, 2009 pengarah No comments

    Rancangan Ceria Ramadhan bersama DJ Tfm juga telah bekerjasama dengan Celcom mengadakan majlis berbuka puasa dan tazkirah bersama penduduk Pekan Ajil pada 4 September.

    Pengarah Tfm, DJ bersama penduduk Ajil

    Pengarah Tfm, DJ Jaja, Azrul, Rita dan Rizal bersama penduduk Ajil

    Pengarah, DJ dan petugas Celcom

    Pengarah, DJ dan petugas Celcom

    Pada 7 September (Hari Nuzul Qoran), kami telah ke UITM Dungun berbuka puasa bersama pelajar UITM. Antara DJ yang turut serta ialah Farah, Ijo, Suhaila, Azrul dan Rizal.
    dsc02318
    dsc02306
    Akhir kata, Selamat Berpuasa. Dengar-dengarlah Tfm dibulan ramadan ini terutama setiap hari Ahad dan Rabu jam 1.30 tgh. Kita menyiarkan rancangan ‘Hidayah’ secara live dari UDM
     dan setiap malam kita ada Tadarus AlQuran jam 9.45 malam.  Jangan lupa Kuiz ramadhan setiap pagi antara 8.00 hingga 9.00 dan Kuiz ramdhan GGOK jam 4.00 - 5.00 petang.
    Salam.
  • Ramadhan yang amat bermakna bersama Peserta Felcra

    Posted on September 9th, 2009 pengarah No comments

    Ramadhan kali ini amat bermakna sekali bagi saya dan juga warga Tfm dengan adanya rancangan Ceria Ramadhan bersama DJ Tfm. Kami pergi kemerata tempat untuk bersama pendengar dan masyarakat.  Kami telah ke Felcra Sri Bandi Kemaman pada 29 Ogos dan ke Felcra Bukit Jetik pada 5 September. Kami berbuka puasa bersama pengurusan Felcra dan peserta Felcra. Dan seterusnya kami akan ke Felcra Bukit Kepah pada 12 September dan Felcra Bukit Keruak, Besut pada 15 September.

    dsc02221

     

    Pengarah, KBR dan DJ bersama peserta Felcra

  • Salam Merdeka di bulan Ramadan yang Ceria

    Posted on August 30th, 2009 pengarah 1 comment

    Salam 1Malaysia dari saya. Alhamdulillah ini merupakan hari yang kesepuluh kita berpuasa dan esok kita akan meraikan hari kemerdekaan Malaysia ke-52. Harap semua pendengar tfm khususnya dan masyarakat umumnya dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.  Bagi mereka yang lahir selepas tahun 1957 terutama selepas tahun 80an,  mungkin tidak dapat memahami keadaan sebelum merdeka tetapi anda boleh membaca sejarah kita. Malam kelmarin iaitu malam Sabtu,  TV1 menyiarkan satu drama yang sungguh menarik ‘Namaku bukan Setsuko’. Malam ini pula TV1 akan menyiarkan dokumentari khas mengenai tokoh-tokoh merdeka dan sebelum itu, ada perutusan khas Perdana Menteri.

    Pada hari Sabtu (29 Ogos 2009), Dj-Dj Tfm - Ayah Ngah, Kak Chik, Jaja dan Suhaila  telah berkesempatan berbuka puasa bersama peserta Felcra di Felcra Bukit Bandi, Kemaman anjuran Felcra. Saya tidak dapat bersama tetapi saya dimaklumkan bahawa majlis tersebut begitu meriah. Satu ekor lembu telah ditumbangkan dan sama-sama bergotong royong menyediakan gulai kawah. Seronoknya. Terima Kasih kepada Felcra dan peserta-peserta.

    dsc01756  

    Pada hari Jumaat (28 Ogos 2009), DJ-Dj Tfm Ijo dan Jaja berbuka puasa di TER, Kuala Ibai bersama anak-anak yatim, orang-orang tua dan OKU.  Orang kuat TER, Y.Bhg. Dato’ Hamzah telah memberi duit raya kepada tetamu-tetamu khas tersebut.

    Dj Ijo dan Iza bersama Pengarah dan tetamu khas orang-orang tua

    Dj Ijo dan Jaja bersama Pengarah dan tetamu khas orang-orang tua

     

    Betapa indahnya ramadan kali ini dapat bersama-sama  masyarakat dan pendengar Tfm.

    Akhir kata,  Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

  • Selamat Menyambut Ramadan

    Posted on August 27th, 2009 pengarah 2 comments

    Selamat Menyambut Ramadan kepada semua terutama kepada pendengar setia Tfm. Berbagai program yang kita rancang dan laksanakan sempena bulan ramadan bulan yang mulia ini. Antaranya ialah Kuiz Ramadan setiap hari dalam rancangan Selamat Pagi Terengganu antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi bersama Ijo dan Farah. Ada hadiah tau …berupa duit puasa atau duit raya RM50 bagi pemenang kuiz dengan tajaan Yayasan Islam Terengganu.

    Kita juga ada Nur Ramadan pada setiap 6.10 petang, Syiar Ramadan pada setiap 6.30 petang, Tadarus AlQuran setiap 9.45 malam dan Rancangan Hidayah secara langsung dari UDM pada setiap Ahad dan Rabu jam 1.30 tgh.

    Satu lagi rancangan khas yang sangat menggembirakan warga Tfm ialah Radio di Lokasi iaitu Ceria Ramadan bersama DJ Tfm dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan swasta. DJ Tfm akan turun ke lokasi untuk berbuka puasa dan beramah mesra dengan berbagai golongan masyarakat seperti anak yatim, orang miskin, OKU, masyarakat Felcra dan pelajar UITM.

    Pada 1 Ramadan, DJ Tfm (Ayah Ngah & Rina) bersama penduduk miskin sekitar Pulau Duyung berbuka puasa di Ri-Yaz Resort & Spa.

    DJ Tfm bersama penduduk Pulau Duyung

    DJ Tfm bersama penduduk Pulau Duyung

    2 Ramadan - DJ Tfm (Farah & Ijo bersama lain-lain DJ) bersama anak-anak yatim berbuka puasa di Ri-Yaz Resort & Spa.

    DJ Tfm bersama anak-anak yatim

    DJ Tfm, Ijo & Farah serta Pengarah Dr. Nawiyah bersama anak-anak yatim

    3 Ramadan - DJ Tfm ( Kak Chik & Azrul) bersama OKU berbuka puasa di Ri-Yaz Resort & Spa.

    Kak Chik temuramah OKU

    'Kak Chik' menemuramah tetamu OKU

    4 Ramadan - DJ Tfm (Farah & Ijo) bersama anak-anak yatim berbuka puasa di Taman Tamdun Islam.

    Farah & Ijo bersama anak-anak yatim

    Farah & Ijo bersama anak-anak yatim

    Akhir kata saya ingin tinggalkan anda dengan satu proverbs oleh Armand T. Mercier iaitu       ‘The Only Way To The Top is by Persistence, Intelligence and Hard Work’                atau Jalan menuju kejayaan adalah kesungguhan, kepintaran dan usaha gigih. Selamat Maju Jaya. Semoga kita dirahmati Allah.