Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) buat julung kalinya membuat bubur lambuk 1Malaysia. Aktiviti itu dilakukan di Dataran Canselori universiti berkenaan dan sejumlah dua ribu bungkus bubur lambuk diagihkan kepada warganya. Pembuatan bubur lambuk itu adalah hasil idea Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajarnya, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim dengan pusat Islam UMT. Enam kawah disediakan pihak UMT yang menampilkan resepi dari tiga buah negeri iaitu Terengganu, Johor dan Kedah. Program ini juga akan dijadikan sebagai acara tahunan UMT pada masa akan datang. Penyediaan bubur lambuk ini juga menarik minat pelajar antarabangsa universiti ini. Tidak ketinggalan juga penyertaan pertama kali pelajar bukan islam ...
Hampir sejuta ringgit diperuntukkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, MAIDAM untuk saudara baru sehingga Ogos tahun ini. Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Mazlan Hashim berkata, pembahagian itu termasuk bantuan kebajikan, bantuan modal, pembaikan rumah, bantuan kesihatan dan penyediaan kursus khas termasuk membiayai anak-anak ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. MAIDAM turut menyalurkan 490 ribu ringgit bantuan zakat hari raya kepada seribu 400 saudara baru melibatkan 350 ringgit seorang. Keseluruhannya di Terengganu, seribu 875 orang memeluk agama Islam berdaftar direkodkan. Dan sehingga Julai, 73 orang lagi memeluk Islam ataupun purata 10 orang setiap bulan. Beliau bercakap kepada media sebelum Majlis ...
[gallery] Bulan Ramadan yang penuh keberkatan diisi dengan pelbagai kerja amal buat mereka yang memerlukan. Skuad Terengganu FM bersama Klasik Nasional mengadakan lintas langsung untuk siaran radio masing-masing dengan menziarah seorang penggiat seni veteran yang diserang angin ahmar sejak sebulan lalu dan kini berehat dirumahnya di Kuala Terengganu. Klasik Nasional diketuai penerbitnya Khalim Rohani , dalam siri jelajah diseluruh negeri berlintas langsung menerusi program khas merdeka dan Ramadan 2010 antaranya Bakti Kasih. Manakala Skuad Tfm yang sinonim aktiviti turun padang bersama Pengarah Penyiaran Terengganu Dr Nawiyah Che ...
Kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan negara ke 53 yang bermula sejak awal Ogos lalu sentiasa di beri keutamaan dalam membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat . Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil pendekatan itu mengagihkan 500 mini jalur gemilang kepada warga kampus berkenaan termasuk pelajar dan kakitangannya yang dilekatkan pada setiap kenderaan yang melalui pintu masuk utama UMT. Ia dilancarkan sempena Bulan Kemerdekaan peringkat UMT 2010 yang disempurnakan Naib Canselornya, Profesor Dr Aziz Deraman. Prof Dr Aziz Deraman berkata, program berkenaan memberi komitmen yang tinggi dan semangat patriotisme dengan menyahut saranan kerajaan mengibarkan jalur gemilang di kampus. Walaupun sambutan agak sederhana berbanding tahun lepas kerana ...
Mengeratkan silaturrahim di kalangan semua kakitangan dan keluarga antara pendekatan yang diambil Radio Malaysia Terengganu Fm TFM dalam penganjuran Program Malam Mesra TFM. Majlis yang cukup meriah itu dihadiri lebih 100 warga Radio Malaysia Terengganu dan ahli keluarga. Pelbagai aktiviti menarik berlangsung sepanjang majlis tersebut antaranya meraikan anak yatim melalui program Dj Mentor. Turut diraikan juga meraikan kakitangan yang menyambut ulangtahun kelahiran serta kakitangan yang akan bersara. Majlis diserikan dengan persembahan tarian “waka-waka” dan “nobody” oleh kumpulan cilik TFM Kid’s Dancer yang terdiri daripada anak kakitangan. Tidak ketinggalan persembahan Juara Bintang Kecil Zon Timur adik Nur Adlina Batrisya Zuraimi dan Balkis Ahmad Tajudin yang merupakan ...
CERIA RAMADHAN DUNGUN(oleh Nur Asyran Mohd Nor) Tidak lengkap di bulan Ramadhan ini jika tidak meraikan Majlis berbuka puasa meraikan golongan kurang berkemampuan dan anak-anak yatim. Radio Malaysia Terengganu fm,TFM dalam slot Ceria Ramadhan bersama Telekom Malaysia, TM Terengganu meraikan 150 anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik di Dungun, Terengganu. 100 orang daripadanya adalah golongan kurang kemampuan dan 50 lagi daripada anak-anak yatim yang dipilih di Dewan Undangan Negeri, DUN kawasan Rantau Abang,Dungun. Lebih menarik apabila TM Terengganu sendiri mendapat kepercayaan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu, MAIDAM untuk menyerahkan Zakat dan sumbangan duit hari raya ...
Kemuncak dari sambutan 50 tahun Jubli Emas Dewan Undangan Negeri, DUN Terengganu akan diadakan sidang DUN Kecil membabitkan 40 peserta kanak-kanak sekolah bawah sembilan tahun. Yang diPertua DUN Terengganu Dato’ Tengku putera Tengku Awang berkata, penglibatan kanak-kanak itu sebagai mengasah minda dan kebolehan mereka dalam mengeluarkan idea, berpidato dan meluahkan perasaan mengikut tajuk yang diberi. Ia sebagai pendedahan awal kanak-kanak itu kepada sikap berani, bertanggungjawab dan mempunyai jati diri cintakan negara. Beliau bercakap kepada RTM selepas menyampaikan hadiah pemenang kuiz terkumpul di Wisma Darul Iman. Kuiz yang diadakan dengan kerjasama Radio Malaysia Terengganu fm itu menerima lebih seratus penyertaan yang ...
Sektor Pelancongan di Terengganu tidak akan terjejas hanya kerana penularan wabak selsema babi, H1N1. Sebaliknya berkurangannya pelancong asing ke negeri itu bertitik tolak dari krisis global ekonomi dunia ketika ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan,Kesenian dan Warisan negeri Datuk Zaabar Mohd Adib berkata apa yang penting kini kerajaan berusaha meningkatkan pelancongan domestik. Melalui Majlis Tindakan pelancongan negeri, MTPN kerajaan mempromosikan pelbagai pakej penganjuran acara yang mempunyai keunikan sendiri berasaskan Riding,Sailing dan Diving. Ini termasuk pengiftirafan 10 ikon produk pelancongan negeri itu termasuk Pulau redang,Pulau Perhentian,Taman Tamadun Islam, Air Terjun Chemerung dan Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air. Datuk Zaabar bercakap kepada media ...
Walaupun tidak tahu membaca dan menulis, itu bukan penghalang buat Encik Ismail Muhamad menjadikan bidang penternakan dan pertanian sebagai bidang yang memartabatkannya bergelar usahawan berjaya. Bermula dengan seekor lembu sejak tahun 1974, kini beliau memelihara 300 ekor di ladang tanah kelompok Bukit Binjai,Tok Dor,Ajil. Ismail pernah dinobatkan Peladang Jaya dan penternak Jaya selama lima tahun berturut-turut sejak tahun 1984. Turut menanam rumput Napia India seluas 5 hektar untuk dibuat makanan lembu yang dikenali sebagai silaj. Encik Ismail yang mempunyai tujuh orang anak turut memberi ceramah kepada pegawai-pegawai pertanian dan pelajar-pelajar universiti mengenai pertanian dan kaedah permanian berhadas. selain itu pengalaman ...
Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dan Pengarah Penyiaran Kawasan Timur, Dr Nawiyah Che Lah merakamkan ucapan tahniah kepada dua orang ahlinya iaitu Khalid Abdullah (wartawan RTM) dan Aziz Che Man (Juru kamera RTM) di atas penganugerahan Bintang Ahli Mangku Pakoe Boewono XIII (AMP) dan Pingat Setia Pakoe Boewono XIII (PSP) daripada Sultan Surakarta, Solo, Indonesia. Istiadat penyampaian bintang dan pingat tersebut telah diadakan di Solo baru-baru ini. Kawat berharap, anugerah tersebut akan memberikan lebih suntikan semangat kepada mereka berdua untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada negeri melalui Kawat. Tahniah kepada mereka berdua. LEPAS DAPAT PINGAT
Aug 10
25
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) buat julung kalinya membuat bubur lambuk 1Malaysia.
Aktiviti itu dilakukan di Dataran Canselori universiti berkenaan dan sejumlah dua ribu bungkus bubur lambuk diagihkan kepada warganya.
Pembuatan bubur lambuk itu adalah hasil idea Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajarnya, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim dengan pusat Islam UMT.
Enam kawah disediakan pihak UMT yang menampilkan resepi dari tiga buah negeri iaitu Terengganu, Johor dan Kedah.
Program ini juga akan dijadikan sebagai acara tahunan UMT pada masa akan datang.
Penyediaan bubur lambuk ini juga menarik minat pelajar antarabangsa universiti ini.
Tidak ketinggalan juga penyertaan pertama kali pelajar bukan islam dalam pembuatan bubur lambuk 1Malaysia ini.

Aug 10
25
Hampir sejuta ringgit diperuntukkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, MAIDAM untuk saudara baru sehingga Ogos tahun ini.
Yang Dipertua MAIDAM, Dato’ Mazlan Hashim berkata, pembahagian itu termasuk bantuan kebajikan, bantuan modal, pembaikan rumah, bantuan kesihatan dan penyediaan kursus khas termasuk membiayai anak-anak ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
MAIDAM turut menyalurkan 490 ribu ringgit bantuan zakat hari raya kepada seribu 400 saudara baru melibatkan 350 ringgit seorang.
Keseluruhannya di Terengganu, seribu 875 orang memeluk agama Islam berdaftar direkodkan.
Dan sehingga Julai, 73 orang lagi memeluk Islam ataupun purata 10 orang setiap bulan.
Beliau bercakap kepada media sebelum Majlis berbuka puasa dan penyampaian zakat hari raya kepada 500 saudara baru di Kompleks Darul Hidayah, Kuala Terengganu.
Program kerjasama Radio Malaysia Terengganu fm, TFM dalam slot Ceria Ramadan ini, selain merapatkan hubungan silaturahim, ia juga secara tidak langsung memberi pendedahan mengenai golongan itu kepada masyarakat umum.
Sementara itu, MAIDAM turut melaksanakan beberapa program bagi keperluan pemantauan dan tumpuan golongan ini menghayati ajaran Islam.
Ia termasuk menaja lima saudara baru dengan 10 ribu ringgit setahun mendalami pengetahuan agama secara formal di Institut Dakwah Islamiah Pengkalan Chepa, Kelantan selain mengadakan kelas bimbingan fardu ain.
Aug 10
25
Bulan Ramadan yang penuh keberkatan diisi dengan pelbagai kerja amal buat mereka yang memerlukan. Skuad Terengganu FM bersama Klasik Nasional mengadakan lintas langsung untuk siaran radio masing-masing dengan menziarah seorang penggiat seni veteran yang diserang angin ahmar sejak sebulan lalu dan kini berehat dirumahnya di Kuala Terengganu. Klasik Nasional diketuai penerbitnya Khalim Rohani , dalam siri jelajah diseluruh negeri berlintas langsung menerusi program khas merdeka dan Ramadan 2010 antaranya Bakti Kasih. Manakala Skuad Tfm yang sinonim aktiviti turun padang bersama Pengarah Penyiaran Terengganu Dr Nawiyah Che Lah hadir memberi semangat kepada mereka yang uzur. Habsah Jusoh nama yang tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air kerana pernah memenangi beberapa pertandingan nyanyian diperingkat kebangsaan dan juga negeri termasuk Johan Bintang Asli peringkat Kebangsaan tahun 1970, Dendang Rakyat 1980 dan Bintang Asli peringkat negeri tiga tahun berturut-turut dari tahun 1990,1991 dan 1992. Lagu ‘Selasihku Sayang’ yang dirakam sekitar tahun 1978 lagu tema drama yang sama tajuknya menaikkan nama beliau bersama pasangan duetnya M.Ibrahim disiarkan menerusi RTM pada tahun yang sama. Selain itu beliau turut menghasilkan album Senandung Terengganu bersama artis lain termasuk lagu Kain Songket dan Bukit Puteri. Anak bongsu beliau dari tiga beradik Tengku Fatimah Dayana mengambil cuti sebulan untuk menjaga ibu tersayang . Sehingga kini Habsah menerima sumbangan peribadi berupa sebuah kerusi roda daripada Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said. Beliau turut menerima sumbangan dari kedua stesen berkenaan. Selain Habsah, Skuad TFM turut menziarah seorang warga kerja Jaafar Mohd di rumahnya yang ditimpa kemalangan jalan-raya baru-baru ini.
Aug 10
22
Kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan negara ke 53 yang bermula sejak awal Ogos lalu sentiasa di beri keutamaan dalam membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat .
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil pendekatan itu mengagihkan 500 mini jalur gemilang kepada warga kampus berkenaan termasuk pelajar dan kakitangannya yang dilekatkan pada setiap kenderaan yang melalui pintu masuk utama UMT.
Ia dilancarkan sempena Bulan Kemerdekaan peringkat UMT 2010 yang disempurnakan Naib Canselornya, Profesor Dr Aziz Deraman. Prof Dr Aziz Deraman berkata, program berkenaan memberi komitmen yang tinggi dan semangat patriotisme dengan menyahut saranan kerajaan mengibarkan jalur gemilang di kampus.
Walaupun sambutan agak sederhana berbanding tahun lepas kerana berada di bulan puasa, namun aktiviti sentiasa dirancang sebagai simbol sokongan dan kebanggaan kepada tanah air.
Antara aktivitinya termasuk Majlis pelancaran bulan kemerdekaan, majlis berbuka puasa dan ceramah tentang kemerdekaan serta pemasangan bendera gergasi di perkarangan universiti.
Beliau mengharapkan kibaran jalur gemilang ini di adakan sepanjang masa dan pada kemuncaknya pula pada bulan ogos agar bendera Malaysia itu menjadi symbol kecintaan rakyat terhadap Negara.
Aug 10
22
Mengeratkan silaturrahim di kalangan semua kakitangan dan keluarga antara pendekatan yang diambil Radio Malaysia Terengganu Fm TFM dalam penganjuran Program Malam Mesra TFM.
Majlis yang cukup meriah itu dihadiri lebih 100 warga Radio Malaysia Terengganu dan ahli keluarga.
Pelbagai aktiviti menarik berlangsung sepanjang majlis tersebut antaranya meraikan anak yatim melalui program Dj Mentor.
Turut diraikan juga meraikan kakitangan yang menyambut ulangtahun kelahiran serta kakitangan yang akan bersara.
Majlis diserikan dengan persembahan tarian “waka-waka” dan “nobody” oleh kumpulan cilik TFM Kid’s Dancer yang terdiri daripada anak kakitangan.
Tidak ketinggalan persembahan Juara Bintang Kecil Zon Timur adik Nur Adlina Batrisya Zuraimi dan Balkis Ahmad Tajudin yang merupakan Juara Pertandingan Bintang Kecil Zon Timur 2009.
Sementara itu kakitangan Tfm yang hadir menyambut baik usaha yang dilakukan pihak pengurusan dalam merapatkan hubungan, menjelang sambutan bulan ramadan yang akan tiba beberapa hari lagi.
Turut diadakan rakaman rancangan khas adik-adik untuk siaran hariraya nanti .
Aug 10
22
CERIA RAMADHAN DUNGUN(oleh Nur Asyran Mohd Nor) Tidak lengkap di bulan Ramadhan ini jika tidak meraikan Majlis berbuka puasa meraikan golongan kurang berkemampuan dan anak-anak yatim. Radio Malaysia Terengganu fm,TFM dalam slot Ceria Ramadhan bersama Telekom Malaysia, TM Terengganu meraikan 150 anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik di Dungun, Terengganu. 100 orang daripadanya adalah golongan kurang kemampuan dan 50 lagi daripada anak-anak yatim yang dipilih di Dewan Undangan Negeri, DUN kawasan Rantau Abang,Dungun. Lebih menarik apabila TM Terengganu sendiri mendapat kepercayaan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu, MAIDAM untuk menyerahkan Zakat dan sumbangan duit hari raya kepada yang terpilih. Penyampaian Zakat berbentuk beras dan wang tunai ini di sampaikan ADUN Rantau Abang, Datuk Za’abar Mohd Adib diiringi Pengurus Besar TM, Terengganu Azhar Omar dan Pengarah Penyiaran Terengganu, Dr Nawiyah Che Lah. Program ceria ramadhan kali ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara umat islam, malah secara tidak langsung pendengar dapat bersua muka dan beramah mesra bersama Dj TFM serta mendekatkan lagi pelanggan kepada TM. Sementara itu, beberapa penerima bantuan zakat dan sumbangan duit hari raya memanjat kesyukuran kerana bantuan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Dalam pada itu, Dr Nawiyah Che Lah berkata, Slot Ceria Ramadhan tahun ini sentiasa mendapat sambutan daripada semua agensi terlibat tidak kira swasta dan kerajaan.
Aug 09
23
Kemuncak dari sambutan 50 tahun Jubli Emas Dewan Undangan Negeri, DUN Terengganu akan diadakan sidang DUN Kecil membabitkan 40 peserta kanak-kanak sekolah bawah sembilan tahun. Yang diPertua DUN Terengganu Dato’ Tengku putera Tengku Awang berkata, penglibatan kanak-kanak itu sebagai mengasah minda dan kebolehan mereka dalam mengeluarkan idea, berpidato dan meluahkan perasaan mengikut tajuk yang diberi. Ia sebagai pendedahan awal kanak-kanak itu kepada sikap berani, bertanggungjawab dan mempunyai jati diri cintakan negara. Beliau bercakap kepada RTM selepas menyampaikan hadiah pemenang kuiz terkumpul di Wisma Darul Iman. Kuiz yang diadakan dengan kerjasama Radio Malaysia Terengganu fm itu menerima lebih seratus penyertaan yang diadakan sejak awal Julai lalu.
Oleh:Hjh Noraini Ghazali
Sektor Pelancongan di Terengganu tidak akan terjejas hanya kerana penularan wabak selsema babi, H1N1. Sebaliknya berkurangannya pelancong asing ke negeri itu bertitik tolak dari krisis global ekonomi dunia ketika ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan,Kesenian dan Warisan negeri Datuk Zaabar Mohd Adib berkata apa yang penting kini kerajaan berusaha meningkatkan pelancongan domestik. Melalui Majlis Tindakan pelancongan negeri, MTPN kerajaan mempromosikan pelbagai pakej penganjuran acara yang mempunyai keunikan sendiri berasaskan Riding,Sailing dan Diving. Ini termasuk pengiftirafan 10 ikon produk pelancongan negeri itu termasuk Pulau redang,Pulau Perhentian,Taman Tamadun Islam, Air Terjun Chemerung dan Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air. Datuk Zaabar bercakap kepada media di majlis Sepetang bersama Exco Pelancongan di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa di Pulau Duyong.Turut hadir Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pelancongan Malaysia Mohd Halimi Ibrahim, kakitangan kerajaan dan ahli persatuan Pelancongan Terengganu. Di majlis yang sama tiga homestay terbaik menerima hadiah dua biji komputer, mesin faks dan kemudahan talian internet berdasarkan keunikan dan kekuatan homestay masing-masing dalam menjana ekonomi homestay ahlinya.
Oleh : Hjh Noraini Ghazali
Aug 09
23
Walaupun tidak tahu membaca dan menulis, itu bukan penghalang buat Encik Ismail Muhamad menjadikan bidang penternakan dan pertanian sebagai bidang yang memartabatkannya bergelar usahawan berjaya. Bermula dengan seekor lembu sejak tahun 1974, kini beliau memelihara 300 ekor di ladang tanah kelompok Bukit Binjai,Tok Dor,Ajil. Ismail pernah dinobatkan Peladang Jaya dan penternak Jaya selama lima tahun berturut-turut sejak tahun 1984. Turut menanam rumput Napia India seluas 5 hektar untuk dibuat makanan lembu yang dikenali sebagai silaj. Encik Ismail yang mempunyai tujuh orang anak turut memberi ceramah kepada pegawai-pegawai pertanian dan pelajar-pelajar universiti mengenai pertanian dan kaedah permanian berhadas. selain itu pengalaman menimba ilmu melalui kursus-kursus keluar negara membantu mematangkan beliau menghadapi pelbagai cabaran dalam kerjayanya. Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil Datuk Rosol Wahid berkata ketekunan dan pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang pertanian dan penternakan membantu Encik Ismail Muhammad menjadi penternak berjaya.

Penternak jaya Encik Ismail Muhamad
Oleh : Hjh Noraini Ghazali
Jul 09
30
Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dan Pengarah Penyiaran Kawasan Timur, Dr Nawiyah Che Lah merakamkan ucapan tahniah kepada dua orang ahlinya iaitu Khalid Abdullah (wartawan RTM) dan Aziz Che Man (Juru kamera RTM) di atas penganugerahan Bintang Ahli Mangku Pakoe Boewono XIII (AMP) dan Pingat Setia Pakoe Boewono XIII (PSP) daripada Sultan Surakarta, Solo, Indonesia.
Istiadat penyampaian bintang dan pingat tersebut telah diadakan di Solo baru-baru ini. Kawat berharap, anugerah tersebut akan memberikan lebih suntikan semangat kepada mereka berdua untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada negeri melalui Kawat.
Tahniah kepada mereka berdua.



